Assalamualaikum dan selamat pagi. Harini semangat la pulak nak ke opis. Yelah, dah lama buang Monday Blues, Monday Fever tu. Sebab kita kena jadikan Isnin sebagai permulaan hari yang baik. Hehehehe. Pepagi je masuk opis ramai tanya, macam mana dengan kaki. Kaki dah elok ke belum. Alhamdulillah kaki dah beransur pulih. Kalau tak, masakan boleh datang opis kan. Hehehe.
Baiklah, kite nak cite ape kene ngan kaki eka. Hari jumaat lepas, seperti yang kita sedia maklom, kan hujan yang teramat lebat pagi tu. Banyak kawasan yang hujan, termasuklah kat sini Nak naik tangga menghala opis pun basah. Lantai suma basah. Tangga pun basah. Eka masuk opis macam biasa, jalan lenggang kangkung. Cuma haritu bawak banyak sikit barang, bawak oleh-oleh daripada Kelantan. Bawakla keropok,kerepek, pastu buah mangga. Tu eka pegang tangan kiri, tangan kanan handbag. Masuk opis punch card, dan lalu macam biasa cuma agak hati-hati sebab dah terlanggar air kat depan pintu besar.
Eka masuk, eka senyum kat opismet, dia tegur.
'Haaaa dah balik Kelantan yerrrr ko eka.'
Eka senyum pada dia, dia tunduk menulis. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii eka rasa macam diawang - awangan dan terus gedebukkkkkkkkkkkkk!! Tertiarap terus. Opismet tengok, ehhh eka mana. Dah terbaring dah kat bawah. Licin huwaaaaaaaaaaaaaaa.
Pastu rileks macam biasa. Tak sakit pun. Ala sakit macam sengal-sengal ubi jela lepas jatuh tu. Pastu kerja macam biasa. Lunch balik umah. Sakit sikit macam sengal gitula. Petang masuk opis, buat kerja bagai. Tiba petang dalam pukul 3 lebih, tetiba kaki tak boleh jejak lantai. Tengok kaki dah membengkak, besar. Jari kaki semua gemok. Sakitnya berdenyut, Allah sahaja yang tahu. Sampai menetes jugak la air mata.
Opismet ramai datang kat meja, tengok kaki dah bengkak, serius dah tak boleh jalan. Ini adalah pertama kali dalam hidup terseliuh kat kaki. Sakitnya, sungguh. Denyutan dia tu menarik-narik urat kat kaki, kaki jadi macam eh gemoklah. Dorang kata ni kena urut, atau pegi spital. Respon kat fb pun sama. Ramai kata pegi spital dulu. Cek.
Call sepupu kita, minta ambil. Eka nak balik umah mak. Padahal tak cadang pun nak balik minggu ni. Dia datang. Bertiga. Dahla opis eka tingkat 3. Jenuh la diorang papah. Terharu dorang angkat eka. Tak sangka sampai tak boleh jalan macam ni. huwaaaaaaaaaaaaa.. Sedih. Nanges.
Pastu sampai je kat home town, terus pegi hospital. Masuk emergency. Hehehehe. checkup bagai, depa bagi kerusi roda. Pertama kali la dalam hidup naik kusi roda. Doktor suruh xtray. Pertama kali jugak xtray kaki. Hahaha. Sume pengalaman. Sebelum ni penah la xtray untuk masuk keje gomen. Tapi tak penah xtray kaki kaki ni bagai. Hensem jugak juru xtray tu. Kehkehkeh. Tapi hadik-hadik lagi.
Sakit-sakit pun sempat intai. Hahaha. Masa tu adik ipar kita la tolong. Sepupu2 kita tunggu kat lobby. Dia tolak kita masuk bilik xtray,tolak kita jumpa doktor. Dalam pada masa lalu tu, ada pakcik ni. Dia sakit jugak kot. Dia tegur.
'eh ngape kaki kamu bengkak beno nie? kamu ade gout ker? '
Ehh pakcik taklah, saya jatuh kat opis.
'ohhh aku ingat gout. Bengkak nie. ' sambil senyum-senyum.
Kahkahkahkah gout katenyer pakcik.
Sakit-sakit pun aku ketawa sambil tersengih ! Hahahaha
Sempat snap satu OTW nak ke Jabatan Pengimejan & Diagnostik Hospital SR
Nampak tak kaki yang gemok itew.
Gemok kan kaki kitew? hahahahaha
Lepas xtray tu, doktor tengok kaki, takde retak patah sume. Cuma masalah urat dengan daging ke apa tah yang buat kaki tu bengkak. Doktor bagi ubat, ubat tahan sakit, ubat angin, ubat kurang bengkak pastu ubat sapu. Dia pesan balik nanti tuam dengan ais dan tinggikan kaki masa tidur.
Doktor Blogger Sporting ni pun pesan benda yang sama. Bertindak mengikut arahan. Balik tu tuam ngan ais. Makan ubat bagai. Malam tu tidur tak nyenyak. Tak selesa kaki denyut lagi. Petang sabtu dah boleh jejak lantai. Try berjalan. Boleh. Alhamdulillah. Hari ahad dah boleh jalan. Cuma ada rasa sengal. Bengkak pun dah takde. Hari ni Isnin, dah boleh berjalan dah. Tapi banyak jugak kecederaan. Lutut dua-dua lebam. Lengan sakit, pinggang sakit.Hehehehehe. Cuma cuti pakai kasut tumit tinggi @ wedges bagai. Heeeeee
Saya kerja harini.
p/s : Opsss esok setahun saya bekerja di sini, lusa pula hari lahir saya. Yang ke 25.